Pengurusan Projek

PERANCANGAN

Pada 25 Oktober 2018, kami mengadakan mesyuarat berkenaan pemilihan idea bagi projek USK 1032. Antara idea yang diberikan oleh ahli kumpulan kami ialah:

  1. Memberi makan kepada kucing jalanan.
  2. Membersihkan tanah perkuburan. (Dipilih)
  3. Memberi ceramah berkenaan veterinar kepada murid tadika.

Hasil perbincangan, kami bersetuju untuk memilih projek 2. Projek ini dipilih kerana melalui pemerhatian kami, kawasan Tanah Perkuburan Islam Kubur Langgar berdekatan Fakulti Perubatan Veterinar tidak diberikan perhatian yang cukup seterusnya menyebabkan sampah-sampah kelihatan banyak terkumpul di sekitar kawasan mahupun di tempat yang jelas ataupun tersembunyi. Kami sebulat suara untuk membersihkan kawasan tersebut kerana risau dipandang serong oleh masyarakat bukan Islam di negeri Kelantan. Tambahan lagi, secara moralnya, ia mampu mengeratkan pertalian silaturahim antara ahli-ahli kumpulan dan meningkatkan sikap kerjasama antara kami.

PELAKSANAAN

Projek kami telah dijalankan pada hari Selasa, 27 November 2018. Pada pukul 5.00 petang kami berkumpul di hadapan Kolej Kediaman Sri Kemumin, langsung berangkat ke Tanah Perkuburan Islam Kubur Langgar Mukim Panchor bersebelahan Akademi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn. Bhd. dan sampai pada pukul 5.10 petang. 

Sejurus sampai, kami mula mengagihkan kawasan untuk mengutip sampah-sampah yang ada di sekitar dan di dalam tanah perkuburan tersebut. Sekitar jam 5.15 petang kami bertujuh mula mengutip sampah secara serentak bagi memastikan kerja berjalan dengan pantas dan efisien. Sampah seperti botol air kosong, plastik makanan ringan dan plastik air antara yang banyak didapati di sekitar tanah perkuburan. Aktiviti berkenaan mengambil masa lebih kurang 35 minit dan sebanyak enam plastik besar berisi sampah yang telah kami kutip. Seterusnya, kami membuang plastik-plastik sampah tersebut ke dalam tong sampah di hadapan tanah perkuburan tersebut.


Pada 6.00 petang, setelah selesai membersihkan sekitar kawasan tanah perkuburan, kami mula menampal poster yang dihasilkan oleh kumpulan kami di pagar masuk dan kawasan sekitar tanah perkuburan. Sebanyak tiga helai poster ditampal. Setelah selesai menampal poster, kami beredar dan kembali ke Kolej Kediaman Sri Kemumin.







Proses pengutipan dan pembersihan sampah di sekitar kawasan perkuburan

Comments

Popular Posts