Kemahiran yang diperoleh
Kerja sosial merupakan satu pendekatan profesion yang ingin membawa perubahan sosial kepada masyarakat. Melalui aktiviti yang telah dijalankan oleh kami iaitu dalam usaha membersihkan kawasan kubur telah banyak meningkatkan perhatian setiap individu dalam masyarakat ini supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat dengan sesuka hati. Sikap masyarakat yang sering membuang sampah-sarap di merata-rata tempat mesti diubahkan untuk menjaga imej negara. Kami telah sedaya upaya untuk membuat poster tentang menghargai kawasan kubur dan tidak mengotorkan kawasan itu supaya dapat meningkatkan perhatian para masyarakat. Kami mampu merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dengan lancar tanpa mengabaikan perasaan setiap anggota kumpulan.
Di samping itu, kami telah saling berkompromi antara satu sama lain di kalangan anggota kumpulan untuk menjangkau satu komsensus yang sama. Kompromi merupakan upaya untuk memperoleh kesepakatan semua pihak yang saling berbeda pendapat. Kompromi juga dapat dikatakan sebagai konsep untuk mendapat kesepakatan melalui komunikasi. Faktor yang menjayakan aktiviti kami ini adalah disebab oleh keadaan yang harmoni semasa penjalanlan aktiviti dapat dikekalkan.
Seterusnya, kami telah meningkatkan kesedaran supaya menjaga kebersihan kawasan tanpa mengira di mana-mana tempat. Kita sebagai salah satu anggota masyarakat, kita mempunyai tanggungjawab yang amat penting untuk menunjukkan prihatin kita kepada apa-apa yang berlaku di sekitar kita. Masalah pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat yang telah banyak meninggalkan kesan negatif mesti diselesaikan dengan secepat mungkin.
Comments
Post a Comment