Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, terdapat tiga perkara yang perlu dititkberatkan berkaitan dengan kebersihan dan menjaga persekitaran kubur.Antaranya ialah kita hendaklah bersangka baik dan tidak menghina atau mengkeji orang bukan islam yang menziarahi kubur orang islam.Sepatutnya, kita mengalakkan orang bukan islam untuk menziarahi kubur bukan islam agar mereka mendapat hidayah dan terbuka hati untuk berhijrah memasuki agama islam.Menurut fatwa dalam laman as-Syabakah al-Islamiyah, tidak ada tegahan terhadap perlakuan orang bukan islam dalam menziarahi kubur orang islam dan jika mereka ingin mengiringi jenazah kawan atau saudara-mara mereka yang islam juga tidak ada tegahan dengan syarat yang menguruskan jenazah itu ialah orang islam.Seterusnya, kita hendaklah menjaga kebersihan kawasan perkuburan supaya menjadi teladan yang baik terhadap orang bukan islam serta untuk mengelakkan penyakit.Meskipun amalan kebersihan mampu memelihara kesihatan dan mencegah daripada penyakit, namun amalan kebersihan itu sendiri menjadi sebahagian daripada ajaran dan tuntutan islam dan bukannya semata-mata untuk menjaga kesihatan.Kebersihan dalam islam juga bukan sahaja digalakkan tetapi dijadikan sebahagian daripada iman.Akhir sekali, kita hendaklah berganding bahu untuk memberikan kesedaran terhadap masyarakat tidak mengira bangsa mahupun agama dalam memelihara kebersihan alam sekitar.Kebersihan alam sekitar perlu dijaga tidak mengira tempat dan kawasan kerana kebersihan itu dapat mencerminkan keperibadian seseorang.Jadi, kita hendaklah menjaga kebersihan agar dihormati dan menjadi contoh kepada belia dan masyarakat serta dapat memajukan lagi sektor pelancongan di negara kita.
Comments
Post a Comment