Latar Belakang Projek
Latar belakang projek yang cuba diketengahkan oleh kumpulan kenegaraan kami ialah dengan menjaga kebersihan kawasan perkuburan. Dengan menggunakan konsep, “kebersihan kubur tanggungjawab bersama” dan ia nya menurut islam merupakan fardhu kifayah yang sewajibnya di jalankan oleh sesetengah masyarakat. Menurut kata lain, Fardu Kifayah ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa. Jadi kami terpanggil untuk melaksankan aktiviti kemahiran sosial iaitu melakukan gotong royong di Tanah Perkuburan Islam Mukim Panchor, Kubur Langgar.
Objektif utama menjalankan gotong royong ini ialah dengan tujuan melaksanakan fardhu kifayah yang dituntut di dalam Islam. Selain itu, menjaga kebersihan merupakan salah satu perkara yang dituntut oleh semua agama termasuklah agama Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya. Bak kata pepatah, menjaga kebersihan merupakan separuh daripada iman.
Selain itu, terdapat seorang daripada ahli kumpulan kami yang berlainan agama, hal ini menunjukkan bahawa kebersihan itu bukan hanya dituntut oleh Islam sahaja. Malah, perkara ini dapat menunjukkan bahawa persefahaman antara agama dapat mewujudkan keharmonian bangsa.
Kebersihan adalah sesuatu perkara yang penting kerana ia mewujudkan persekitaran yang bersih dan terhindar daripada penyakit. Persekitaran yang kotor mewujudkan lebih banyak penyakit-penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia. Sebagai contoh, lambakkan sampah di tempat perkuburan menarik perhatian lalat, dan lalat yang menghinggap akan terbang ke kawasan perumahan dan ia boleh menghinggap kepada makanan kita dan perkara ini dapat menyebabkan keracunan makanan kepada masyarakat. Selain itu, takungan air yang banyak di tanah perkuburan akan menyebabkan denggi. Denggi ialah adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Perkara ini jikalau dibiarkan ia akan menjadi sesuatu yang berbahaya.
Ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 7 orang, dari pelbagai bangsa dan latar belakang. |
Tanah Perkuburan Islam Mukim Panchor, Kubur Langgar.
Dengan menggunakan konsep "menjaga kebersihan kubur tanggungjawab bersama.
Poster yang dilekatkan di beberapa tempat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan perkuburan.
Comments
Post a Comment